19September2017

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SAMT Sultan Hisamuddin

You are here: Home Kenali PIBG Pengenalan PIBG

Pengenalan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH) ditubuhkan bagi mewujudkan kerjasama antara ibu-bapa dan pihak sekolah dalam usaha pendidikan anak-anak. Model pendidikan yang ditawarkan di SAMTSH ialah model pendidikan dalam suasana ke Islam-an berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Model dalam membina sebuah institusi pendidikan yang dapat melahirkan generasi ‘rabbani’ iaitu generasi yang belajar dan mengajar al-Quran.

Sebagai sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap seorang daripada kita wajib berusaha mencari keredhaan Allah pada apa sahaja amalan dan aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Demikianlah dalam melaksanakan aktiviti PIBG SAMTSH. Aktiviti yang biasa dirancang PIBG SAMTSH tidak hanya terhenti sekadar kebaikan di dunia, malah harus menjangkau untuk mencari pahala serta redha Allah SWT dan mendatangkan manfaat hingga ke akhirat.

Program yang biasa dilaksanakan oleh PIBG adalah seperti ziarah, iftar/berbuka puasa serta program prasarana dan motivasi.

Jika kita dapat memahami dan bersama-sama menyokong sekolah sebagai pelengkap dalam proses mendidik anak-anak, maka model pendidikan Islam yang bersepadu sebagai pusat tarbiyah bagi melahirkan generasi yang berkemampuan memimpin umat dalam menghadapi cabaran zaman, generasi yang mantap akidahnya, sahih ibadahnya, kukuh akhlaknya, mampu memimpin diri sendiri dan sedia berbakti kepada masyarakat tidak mustahil dihasilkan.

Setiap kita akan mendapat ganjaran/pahala menurut apa yang kita niat dan usahakan. InsyaAllah.